Thursday, October 29, 2009

Report Yg Pantas..


Tuut..tutt..tuuut.. telepon berbunyi..

8.45 am
Manager : Min tlg buat report Fiber Optic Cut kat senai tu segeraaaaa..!!!
Aku : O.k Boss sepantas kilat saya siap kan..tekan2 keyboard laju2..

10.25 am
Manager : Mane reportnye?? dah dekat kul 10.30 neh..
Aku : hampir siap boss, sistem slow.. (kenceng.. gile babas report mcm buat tesis PHD)

10.45 am
Aku : Boss dah terima tak? saya baru send via email 1/2 minit yg lepas.. (kenceng lagi..walhal tak siap lagi)
Manager : Huh? belom sampai ni..
Aku : Server down la tu boss..

11.30 am
(aku baru hantor report tu..)
Aku : Haa.. mcm mane boss? dah sampai belum dalam email? (aku baru je anto..)
Manager : O.k bagus.. dah sampai.. tak sia2 dapat staff mcm ko.. (hehe..tambah je ni..) o.k ko simpan dulu hari Rabu minggu depan kita bawa report ni jumpe customer..
Aku : Haaa???

p/s : Kurang asam takde garam..aku mcm nak mampos buat laju2.. semua kemahiran rohani dan jasmani aku selama 2 tahun bekerja aku kerah..utk siap kan report yg mcm PHD ni selama 2 jam je..minggu depan baru nak pakai..??

keyboard aku retak, mouse aku pecah & PC aku plak hang..dek nak siap kan report yg paling pantas dalam sejarah telekomunikasi ni..

Bukan Auta

1. Nama enjin pencari yang sangat popular Google mendapat nama nya dari perkataan ‘googol’ yang beerti pengiraan nombor 1 hingga 100

2. Walaupun sering nampak tidak agresif dan jimbab..namun badak air mampu berlari lebih pantas dari manusia.

3. Maharaja keempat Mogul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga 1627, mempunyai seramai 300 org Isteri, 5,000 Gundik dan 1,000 anak dara muda utk menghiburkan nya..Di luar Istananya pula Jahangir memelihara 12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor rusa, 4,000 ekor anjing dan 100 ekor singa jinak. 500 ekor kerbau dan 10,000 ekor burung merpati.

4. Secara purata seorg lelaki dewasa menghasilkan hampir 0.5 liter gas didalam tubuh badan

5. Pengelap cermin kereta (wiper) dicipta oleh seorg wanita bernama Mary Anderson pada tahun 1903.

Tuesday, October 27, 2009

3 Perkara..


DiSuatu pagi Ahad yg bosan..


2 hari lepas..Sarapan kat Kg Melayu dlm kul 7.30 pagi.. aku lepak dengan bekas tabligh.. yg dulunya juga adalah bekas buaya ketegori tembaga.. sekrang dia dah tinggalkan semua tu.. tapi aku bukan nak cerita pasal dia ni.. aku Cuma teringat 3 perkara yg keluar dari mulut dia yg buat aku terkesima tahap meksima..

Tengah berbual sebelum beliau berangkat ke Rumahnya yg jauhnya 350KM dari umah aku, tetiba terpacul dari mulutnya:

Ko nak tahu kita ni kalo nak hidup dalam keadaan tenang & sentiasa dikurniakan rezeki yg tak putus2 dari Allah S.W.T jagalah 3 perkara ni.

Yang pertama : Jaga Solat. Jaga solat ni bukan bermaksud hanya solat 5 waktu sehari semalam tetapi solat di awal waktu.. itulah menjaga solat..
Yang Kedua : Ikhlas. Sentiasa ikhlas dengan ape yg kita buat.. setiap perkara baik kita buat niat lah kerana Allah Taala..
Yang ketiga : Bersangka baik. Sentiasa bersangka baik sesama manusia..tak kiralah dari mana kita dengar cerita sipolan tu..Cuma bersangka baiklah..

Kita min hidup kat dunia ni bersebab..kita ada perjanjian dgn Allah.. semuanya telah diterangkan dalam Al-Quran.. (aku terdiam..baru lepas aku carut2 tadi neh..)


Dem..Aku gagal dalam ketiga2 perkara di atas..

Tuesday, October 20, 2009

Fakta Bukan Auta...

1. Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928, Apabila Margaret Harrick Pengarah Eksekutif Akedemi of Mortion Pictures Art & Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai rupa yang seiras dengan bapa saudarnya Oscar..

2.Kereta Porshe pertama di cipta ialah porsche 356 oleh Ferry Porsche iaitu anak kepada Ferdinant Porsche, Pengasas Porsche..


3. "Star Wars: The Attack Of The Clone” merupakan filem mainstream Hollywood pertama yang menggunakan format digital, Ia menjimatkan lebih 100 Juta Pound utk menyalin filem ini dan diedarkan melalui celluloid.

4. Penis seekor teritip mampu memanjang 20 kali dari saiz badannya..


5. Sepanjang hayatnya hanya sekali pelukis tersohor Vincent Van Gogh menjual lukisan nya.

6. Individu yang minat menaiki roler coaster berisiko utk mendapat darah beku di otak..


7. Cahaya daripada matahari mengambil masa 8.5 minit untuk sampai kebumi..

Lelaki Dan Angka

...
29%

1. Kajian mengenai lelaki di Amerika, hanya 29% lelaki mencuci pakaian setiap minggu..

30 kaki

2. Fakta menunjukkan purata lelaki jika tidak mencukur sepanjang hayatnya, janggutnya akan memanjang sehingga 30 kaki dan lebih panjang dari paus pembunuh.

2200 kalori

3. Secara purata lelaki membakar 2200 kalori sehari.

2/3

4. 2/3 sistem seksual lelaki berada diluar tubuh.

1 minit

5. Lelaki berkemampuan untuk menyukai wanita selama 1 minit dan kemudian melupakannya.

Monday, October 19, 2009

Uncontacted Tribe

Orang yang betul-betul asli..
Pekampungan puak yg terputus hubungan dgn dunia luar..

1. Beberapa hari lepas aku terbaca article tentang satu puak yang terputus hubungan secara langsung dengan dunia luar.. Puak ni di temui secara tidak sengaja semasa penerbangan melewati Hutan Amazon (ye ke?). Iaitu di kawasan hutan simpan yang dilindungi sepenuhnya berhampiran sempadan Peru..

Hah?? ape yg terbang tuh? burung ke??

pemandangan atas

2. Puak yg belum dinamakan ini agak agresif dan hidup secara totally nomad. Semasa penerbangan semula dilakukan oleh sebahagian ahli persatuan Brazil National Indian Foundation (Funai) beberapa gambar puak ini berjaya dirakamkan.. selain dari 6 khemah yg dibina, mangkuk2 ni terdiri daripada wanita, kanak2 dan lelaki yg berpewatakan seperti pahlawan nomad.

cubaan memanah pesawat yg dinaiki ahli FUNAI

3. Penerbangan yg dilakukan pada aras rendah cukup membuktikan mereka begitu agresif apabila kaum lelaki yg siap mewarnakan diri mereka dengan warna merah & wanita warna hitam cuba memanah dan menyerang kearah pesawat kecil yg membawa sekumpulan ahli Funai..Mungkin mereka menyangkakan Pesawat itu adalah burung yg boleh dimakan.. (okeh..sebenarnya aku tak tau kenapa diorg panah..ehe..)

4. Bagi mengelakkan perkara yg tak diingini berlaku, ahli2 dari Funai mngambil keputusan tidak menghampiri kaum terbabit dan membiarkan mereka dengan kebodohan mereka.. Di selatan Brazil dianggar ada sehingga 100 anggota keluarga puak yg tidak pernah berhubung dgn dunia luar..sekian..
mak aiiihh..sape nak skodeng anak daro dirg boleh lah datang..!

p/s : Sejuta penghargaan pada Brazil National Indian Foundation (Funai) utk gambar diatas..hehe..

Wednesday, October 14, 2009

Seks Terlarang

Seks sebelum kahwin.. Natijah di Akhir Perenggan..

1. Sebagai lelaki aku akui memang sebahagian lelaki dilahirkan sebagai buaya..(aku kategori buaya beriman..) Dan kepuasan seks lelaki agak sukar diduga, dah dapat awek cantik, nak yg buntut tonggek, dah dapat tonggek nak yg slim melim..then nak ekzoz besau..pendek kata selalu ingin mencuba sesuatu yg lain.. Akibatnya ramai wanita memenuhi bangku simpanan sebagai pemain gantian jika2 diperlukan..(spare part la tu..) jeng..jeng..jeng..

Gambar buat Hiasan..

2. Seks pada aku adalah satu pemangkin kepada kasih sayang..(utk suami isteri je..) tapi awas golongan bujang!! bagi golongan bujang seks adalah pembunuh kegembiraan.. tak pecaya? Sape yg selalu amalkan seks sebelum kahwin akan kerap merasakan diri mereka tak penah puas dengan hidup + tiada ketenangan dalam diri dan fakir..same la juga yg dah ada bini tapi makan kat luar (beromen ngan pompuan lain)..

3. Manakala sebahagian wanita sering kali seks dijadikan pertaruhan utk kasih sayang abadi dari sang lelaki..sehigga kan seks telah dipertaruhkan semenjak percintaan berusia beberapa hari sahaja..waduh2.. Tapi ni lah realiti kita pada hari ini. Nak tak nak semua ni kita pejamkan dek hawa nafsu sang Buaya dan Tokey bijih timah yg bergelora..Syok tuuu..

4. Jadi tiada ape yg kita dapat buat selain akui lah janji Tuhanmu sentiasa benar belaka..Antara balasan yg Allah akan bayar on the spot kat dunia ni bagi pecinta zina.. Akan hilang kegembiraan dalam hidup kamu..dan hidup dalam kefakiran (susah)..mgkin bukan hari ni, tapi esok ianya pasti hadir.. mau ka mcm tu?? Tepuk dada tanya otak..tak pecaya jugak? boleh cuba..

5. Yakinlah dengan ape yg tuhan mu janjikan..Cukup lah bagi mereka yg baru menceburi bidang ini (Zina) kerana kelak, ianya bakal menjadi barah yg sukar diubati.. dan pada saat itu korg sedari ianya telah terlambat utk membetulkan ape yg telah terjadi..Dan tak mustahil anak mu akan jadi seperti dirimu (kaki roket anak dara org)..kerana acuan yg bulat takkan keluarkan kuih yg besegi..Tetapi selagi Izrail belum menjemput.. pintu Taubat itu sentiasa tebuka..

Aku bujang lagi woi..Aku amat berharap tuhan meletakkan aku di laluan betul..

InsyaAllah..

Tuesday, October 13, 2009

LIMAH OH... LIMAH


Ada sebuah kampong tinggal seorang anak dara bernama Limah yg begitu jelita sekali. Marvelous la kata org putih..
Walaupun begitu beliau mempunyai kemahiran memanjat pokok kelapa. Tetapi disebabkan terjatuh dari Pokok Limah terus jadi sasau..

Nak dijadikan cerita pada satu hari emak nya menyuruh Limah kekedai membeli Santan di kedai Pak Atan.
Emak : “Limah Kau pegi beli santan sekilo..”
Limah : ”O.k mak...(limah dengan berkain batik pegi ke Kedai jaraknya 500 meter dari rumah)

Limah : ”Pak Atan saya nak beli santan sekilo..”

Pak Atan yg gatal tu pun mulalah mengambil kesempatan..

Pak atan : “Limah kalau nak kelapa lagi Pak Atan boleh bagi percuma, dengan syarat Limah panjat pokok & amik sendiri..”
Limah : “Betul ke pak Atan???”

Limah pun panjat la & Pak Atan dengan geng dia semua stenby kat bawah mengendap “Kedai Kopi”’ Limah.. Limah amik
Dalam 5 biji kot buah kelapa tu, dan terus balik ke rumah dengan gembira sambil memberitahu Emaknya..

Emak : “mana ko dapat buah kelapa ni? Mak suh beli sekilo je??”
Limah : ”Pak Atan yg bagi.. dia kata kalo Limah Panjat Pokok tu dia bagi free..”
Emak : ”Ya Allah... Limah ko tau tak diorang semua suh ko panjat sebab nak tengok spender ko...!!!”
Limah : ”Haaa??? Yeke mak?.. Fuuhhh.. nasib baik Limah tak pakai spender tadi..”
Emak : x&%$#...

Friday, October 9, 2009

Fakta Yg Bukan Auta..

1. Pada Zaman kuno Egypt, apabila seseorg pedagang mahu meninggalkan negaranya untuk urusan perdagangan, mereka akan membawa seketul batu kecil sebagai penanda diri mereka..Jika mereka meninggal Dunia di luar negara batu itu akan dipulangkan ke Egypt sebagai tanda pengebumian..(kalau kat m'sia, mau pikul batu nisan kesana kemari..berat jg tu..)

2. The Mellennium Of Dome..telah disokong oleh kabel setinggi 43 batu dan menggunakan 100,000 meter persegi fabrik untuk menutup keseluruhan permukaan nya.Bumbung lutsinar setinggi 50 meter di tengah2 nya mampu menampung sebuah Jet Jumbo..Malah keluasannya mampu menampung 2 buah stadium wembley,Great Pyramid Of Giza atau Menara Eiffel yg siap di tumbangkan..


3. Pendakap gigi yang pertama telah di bentuk oleh Pierra Fauchard dalam tahun 1728. Ianya diperbuat daripada logam yang digunakan untuk mencantum kan gigi..(realitinya.. elok pada si gongak..ehe..)



4. Kulit Bawah lengan a.k.a ketiak kau tu..boleh jadi tempat pembiakan hampir 516,000 bakteria persegi. Berbanding di kawasan lengan, hanyalah 13,000 bakteria per inchi mampu membiak..(Guna Dettol ble hilang tak??)




5. pada tahun 1886, Herman Hollerith telah mempeoleh idea untuk menggunakan kad pengetip (puch card la tu..) Ianya digunakan utk menyimpan data sistem pengankutan.sistem ini di pertingkat kan pada 1890 dgn terbinanya Tabulating Machine Company oleh Hollerith sendiri.. Pada tahun 1924 syarikat tersebut bertambah maju dan menukar nama kepada International Business Machine (IBM) yang buat komputer tu..

Thursday, October 8, 2009

Helicopter Tempur CSAR terbaru..



Baru2 ini Kerajaan Malaysia memberikan persetujuan untuk memiliki 12 buah Helicopter CSAR E 725 utk TUDM keluaran Eurocopter sebuah firma terke muka Peranchis.

Duduk di bangku pemerhati aku setuju nor kerajaan kita menaggantikan Nuri sedia ada yg telah berkhidmat lebih 40 tahun..Pesawat ini mampu bergerak sejauh 857 KM dengan isian penuh dikategorikan sebagai pesawat menyelamat tempur atau CSAR..mantap beb..

Persenjataan

Dilengkapi dengan tenggekan mesingan 7.62mm MGKA disisi kiri dan kanan bagi operasi di kawasan berisiko tinggi dengan kehadiran musuh..Selain itu perlindungan dan serangan yg mantap juga datang dari pelancar roket 68mm dan pod meriam 20mm..serta pelbagai lagi sistem peperangan elektronik.

Kuasa

Dilemgkapi dengan enjin Turbomeca Makila 2A ianya mampu memecut pada kelajuan kruis 287 km/j. laju tak?? Dan paling best ianya mampu terbang selama 30 minit jika kehilangan minyak hidraulik disebabkan tembakan musuh..Ianya cukup untuk membawa pilot & perajurit kembali ke pengkalan dengan selamat.. dan ciri2 ini tak mampu di lakukan oleh Helicopter keluaran Syarikat gergasi lain..

Wednesday, October 7, 2009

The General knowledge... Learn & Earn.. hehe..



Pepin The Short merupakan raja kepada Negara Franks (yang terletak di barat Jerman) pada tahun 751 hingga 768, hanya memeliki ketinggian 4 kaki dan 6 inchi. Tetapi beliau mempunyai seorang permaisuri bernama Betrada atau digelar "Bertha The Big Foot" kerana mempunyai kaki bersaiz 11.. (humang aaiihh.. kaki aku pun saiz 6 1/2 je..)


Puffin atau Burung Laut berhidung pendek mampu mengepakkan sayapnya antara 300 hingga 400 kali seminit apabila terbang diudara dan mampu memecut terbang selaju 40 Batu sejam.. (Tak heran.. aku lari lagi laju la bro..)





Permainan Golf pernah diharamkan di England dan Scotland pada tahun 1457 oleh King James II atas alasan baginda melihat kebanyakan masyarakat lebih cenderung bermain golf dari berlatih melawan pedang untuk mempertahan kan negara.. (ape kene mengena Golf ngan Perang???)



Di Jepun terdapat satu seni mempertahan kan diri yang di beri nama "Tessenjutsu" yang mampu membunuh pihak musuh dengan hanya bersenjatakan Kipas Tangan Sahaja..
(aku mampu membunuh dengan tangan kosong je.. bunuh nyamuk la..ehehe..)






Lebanon merupakan satu-satunya negara Timur Tengah Yang tidak mempunyai Padang Pasir..
(Pantai depa pun tak dak pasir kot...)