Tuesday, December 29, 2009

New Streamyx EVDO

Salam Sore..

1. Orait kasi review sket article Streamyx EVDO. Article ini penah di war2 kan dalam speedrider network, tapi hari ni aku kasi cerita sikit teknologi yang lain dari yg lain ini. Streamyx EVDO ni menggunakan teknologi signal dari 450Mhz dan 800Mhz, dimana dalam Telekom teknologi signal radio ini amat sinonim sejak ia di perkenalkan sekitar 90-an.. Asal nya signal ini digunakan bagi membolehkan mereka2 yg terpisah dari bandar besar seperti estet2 dan Felda2 menikmati talian Telefon.

2. Menjadi negara membangun semua sedia maklum kerajaan dan Telekom tidak mampu untuk menyediakan perkhidmatan berwayar kesemua ceruk2 kawasan terpencil kerana ianya bakal menelan belanja berbilion2 sedangkan pulangan tidak menguntungkan, Jadi signal radio digunakan, yang dipancarkan dari setiap pencawang Telekom meliputi ke seluruh Negara..

Terdapat 2 peranti (modem) yg digunakan iaitu:
1. STARLINK (anydata)
2. Huawei

Streamyx EVDO dengan kelajuan 1MBPS

3. Sehingga sekarang Streamyx EVDO ni masih lagi dalam peringkat ujian dan penulis adalah sebahagian dari yg bernasib baik dapat mengujinya. Dan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM) masih belum meluluskan pengunaan nya..

4. alasannya..Teknologi ini berpotensi menidakkan persaingan yang sihat dikalangan pembekal telekomunikasi Malaysia.