Tuesday, August 31, 2010

Bulan Oh Bulan



1. Tahukah anda bahawa Bulan pernah terbelah dahulu? Kajian oleh kerajaan Amerika Syarikat menerusi NASA telah menemui sesuatu yg menakjubkan..Iaitu terdapat garisan yg amat panjang seakan-akan terusan dibulan. Garisan ini di panggil Rocky Belt Dan menerusi kajian geologi juga mendapati garisan dan rekahan itu menembusi sehingga ke Perut bulan. Dan ahli2 astronomi NASA sepakat berpendapat bahawa bulan PERNAH TERBELAH disuatu masa dahulu..


Belahan ini dikenali sbg "Rocky Belt"

2. Apakah anda masih ingat penemuan ini dan peristiwa yg terjadi suatu masa dahulu di zaman Rasullulah S.A.W? mari kita soroti cerita disebalik penemuan belahan bulan ini..

3. Pada suatu hari di Mekah, di sebabkan hasad dengki terhadap Rasullullah, kaum kafir Quraisy telah berkumpul bagi membuat tuntutan bodoh kepada Rasullullah dengan motif untuk membuktikan kepada masyarakat Mekah bahawa Rasullullah adalah seorang pembohong.




4. Kumpulan Quraisy itu di ketuai oleh Abu Jahal dan beberapa tokoh yg lain semata2 bagi meminta Rasullullah membelah bulan bagi membuktikan kerasulan baginda.Mereka mempersendakan Rasullulah sehingga Rasullulah bertanya “ mahukah kamu memeluk Islam jika aku dapat berbuat demikian?”, mendengar kesungguhan Nabi itu mereka lantas berkata “Ya”..

5. Lantas Rasullullah menadah tangan memohon pertolongan kepada Allah S.W.T dan baginda lantas menganngkat tangan kearah bulan sebagai Isyarat, dan tidak disangka bulan terbelah dua, Bukit Hira yg terletak berhampiran mula kelihatan berada ditengah bayang2 bulan yg terbelah itu..maka terloponglah semua kaum kafir Quraisy tanpa menyangka bahawa Baginda dapat membelah bulan itu..


Gunung Hira

6. Malu, Marah dan benci bercampur baur dlm hati pemimpin Quraisy, manakan tidak..lain yg di rancang lain pula yg jadi..gusar kerana bimbang ramai kaum Quraisy akan beriman kepada ajaran Islam..maka pemimpin yg tidak mahu beriman ini berteriak “Ini adalah Sihir dan kita telah disihir olehNya..” pelbagai alasan dan helah diberikan oleh mereka termasuklah menunggu kabilah dari Syam yg dalam perjalan ke Mekah dengan harapan kabilah ini tidak nampak peristiwa yg terjadi..Namun apabila kabilah2 terbabit tiba, benar-benar membuat meraka tercabar dan termanggu kerana kabilah terbabit berkata “ Kami bersaksi bahawa kami juga melihat bulan terbelah 2 semasa dalam perjalanan..”

Rekahan yang jelas melalui imej NASA

7. Namun peristiwa ini tidak membuatkan mereka beriman sekalipun mereka berjanji akan beriman jika Baginda berjaya membelah bulan..Begitulah angkuhnya pemimpin-pemimpin Quraisy ini dan hari ini Peristiwa itu terbukti lagi dengan kajian geologi dan astronomi NASA..tetapi adakah mereka jua beriman???