Thursday, July 1, 2010

Fakta Berkata..



1. Pada hari perasmian Roman Collosseum, sebanyak 5000 haiwan telah terbunuh. Tetapi sepanjang penubuhan nya dianggar seramai 500,000 orang dan sejuta haiwan telah terbunuh disitu.Ianya berlaku sepanjang pemerintahan empayar Rom kuno, yg dipenuhi kekejaman dan keganasan.



2. Golden Gate Bridge memliki ketinggian 250 kaki. Jika seseorg terjun dari jambatan itu boleh menyebabkan pembuluh darah pecah dan saraf tunjang mengalami kecederaan parah. Ada juga mungkin mati disebabkan serangan jerung selepas terjatuh kedlm laut. Tetapi kebnyakkan kematian disebabkan oleh impak badan yg kuat jatuh kedalam air. Dan di anggarkan hanya 1% sahaja yg terjun mungkin Selamat tanpa sebarang kecederaan atau mati.



3. Seseorg individu yang memiliki berat badan sebanyak 180 paun dibumi mungkin mempunyai berat sehingga 5040 paun jika berada di Matahari. Ini kerana tarikan gravity di matahari memiliki tarikan sehingga 28 kali ganda dari bumi. Masalahnya sempat kah anda menimbang berat disana??



4. Di Amerika Syarikat, dianggar kan seorg individu akan melakukan cubaan membunuh diri pada setiap minit. Dan dalam setiap 17 minit, satu nyawa akan melayang kerana perbuatan tersebut. Namun diseluruh Dunia hampir 2000 orang dianggar kan membunuh diri setiap hari



5. Seekor serigala boleh berlari sejauh 20 batu atau bersamaan dengan 32 kilometer per jam dan boleh meningkat sehingga 40 batu perjam atau 60 km per jam sekiranya terdesak, tetapi hanya untuk seminit dua sahaja. Tetapi dalam keadaan biasa ia boleh berlari selaju 8 km per jam dan mampu berlari pada kelajuan itu sepanjang hari.