Thursday, September 23, 2010

Fakta apa harini?


1. Bila terjaga, Burung Kalicap perlu makan setiap 30 minit sekali atau ia boleh mati.Dengan menjadikan pelbagai jenis bunga sebagai sumber makanan. Burung ini memerlukan bekalan makanan 2.5 kali ganda dari berat badannya setiap hari..




2. Empayar Chongzen (1627-1644) di China telah mengeluarkan arahan untuk menghukum sesiapa yg merokok pada tahun 1634, dan Moscow juga turut mengeluarkan arahan yg sama terhadap perokok iaitu mengelar hidung mereka atau menarik kulit belakang badan mereka.


3. Tulang rusuk manusia akan bergerak sebanyak 5 juta kali setiap tahun iaitu ketika mereka bernafas..


4. Hippopotomonstrosesquippedaliophobia, Merupa Fobia terhadap perkataan yg panjang


5. Jika anda membuat perkiraan 24 jam sehari, maka anda memerlukan 31,688 tahun untuk mencapai angka trillion.


6. Gunung berapi yg paling merbahaya pada msa ini ialah Popocatepelt atau El Popo yg terletak 33 batu dari bandar Mexico, Ianya mengeluarkan ribuan Tan gas serta debu keruang udara sepanjang tahun.

Tuesday, August 31, 2010

Bulan Oh Bulan



1. Tahukah anda bahawa Bulan pernah terbelah dahulu? Kajian oleh kerajaan Amerika Syarikat menerusi NASA telah menemui sesuatu yg menakjubkan..Iaitu terdapat garisan yg amat panjang seakan-akan terusan dibulan. Garisan ini di panggil Rocky Belt Dan menerusi kajian geologi juga mendapati garisan dan rekahan itu menembusi sehingga ke Perut bulan. Dan ahli2 astronomi NASA sepakat berpendapat bahawa bulan PERNAH TERBELAH disuatu masa dahulu..


Belahan ini dikenali sbg "Rocky Belt"

2. Apakah anda masih ingat penemuan ini dan peristiwa yg terjadi suatu masa dahulu di zaman Rasullulah S.A.W? mari kita soroti cerita disebalik penemuan belahan bulan ini..

3. Pada suatu hari di Mekah, di sebabkan hasad dengki terhadap Rasullullah, kaum kafir Quraisy telah berkumpul bagi membuat tuntutan bodoh kepada Rasullullah dengan motif untuk membuktikan kepada masyarakat Mekah bahawa Rasullullah adalah seorang pembohong.




4. Kumpulan Quraisy itu di ketuai oleh Abu Jahal dan beberapa tokoh yg lain semata2 bagi meminta Rasullullah membelah bulan bagi membuktikan kerasulan baginda.Mereka mempersendakan Rasullulah sehingga Rasullulah bertanya “ mahukah kamu memeluk Islam jika aku dapat berbuat demikian?”, mendengar kesungguhan Nabi itu mereka lantas berkata “Ya”..

5. Lantas Rasullullah menadah tangan memohon pertolongan kepada Allah S.W.T dan baginda lantas menganngkat tangan kearah bulan sebagai Isyarat, dan tidak disangka bulan terbelah dua, Bukit Hira yg terletak berhampiran mula kelihatan berada ditengah bayang2 bulan yg terbelah itu..maka terloponglah semua kaum kafir Quraisy tanpa menyangka bahawa Baginda dapat membelah bulan itu..


Gunung Hira

6. Malu, Marah dan benci bercampur baur dlm hati pemimpin Quraisy, manakan tidak..lain yg di rancang lain pula yg jadi..gusar kerana bimbang ramai kaum Quraisy akan beriman kepada ajaran Islam..maka pemimpin yg tidak mahu beriman ini berteriak “Ini adalah Sihir dan kita telah disihir olehNya..” pelbagai alasan dan helah diberikan oleh mereka termasuklah menunggu kabilah dari Syam yg dalam perjalan ke Mekah dengan harapan kabilah ini tidak nampak peristiwa yg terjadi..Namun apabila kabilah2 terbabit tiba, benar-benar membuat meraka tercabar dan termanggu kerana kabilah terbabit berkata “ Kami bersaksi bahawa kami juga melihat bulan terbelah 2 semasa dalam perjalanan..”

Rekahan yang jelas melalui imej NASA

7. Namun peristiwa ini tidak membuatkan mereka beriman sekalipun mereka berjanji akan beriman jika Baginda berjaya membelah bulan..Begitulah angkuhnya pemimpin-pemimpin Quraisy ini dan hari ini Peristiwa itu terbukti lagi dengan kajian geologi dan astronomi NASA..tetapi adakah mereka jua beriman???

Thursday, July 1, 2010

Fakta Berkata..



1. Pada hari perasmian Roman Collosseum, sebanyak 5000 haiwan telah terbunuh. Tetapi sepanjang penubuhan nya dianggar seramai 500,000 orang dan sejuta haiwan telah terbunuh disitu.Ianya berlaku sepanjang pemerintahan empayar Rom kuno, yg dipenuhi kekejaman dan keganasan.



2. Golden Gate Bridge memliki ketinggian 250 kaki. Jika seseorg terjun dari jambatan itu boleh menyebabkan pembuluh darah pecah dan saraf tunjang mengalami kecederaan parah. Ada juga mungkin mati disebabkan serangan jerung selepas terjatuh kedlm laut. Tetapi kebnyakkan kematian disebabkan oleh impak badan yg kuat jatuh kedalam air. Dan di anggarkan hanya 1% sahaja yg terjun mungkin Selamat tanpa sebarang kecederaan atau mati.



3. Seseorg individu yang memiliki berat badan sebanyak 180 paun dibumi mungkin mempunyai berat sehingga 5040 paun jika berada di Matahari. Ini kerana tarikan gravity di matahari memiliki tarikan sehingga 28 kali ganda dari bumi. Masalahnya sempat kah anda menimbang berat disana??



4. Di Amerika Syarikat, dianggar kan seorg individu akan melakukan cubaan membunuh diri pada setiap minit. Dan dalam setiap 17 minit, satu nyawa akan melayang kerana perbuatan tersebut. Namun diseluruh Dunia hampir 2000 orang dianggar kan membunuh diri setiap hari



5. Seekor serigala boleh berlari sejauh 20 batu atau bersamaan dengan 32 kilometer per jam dan boleh meningkat sehingga 40 batu perjam atau 60 km per jam sekiranya terdesak, tetapi hanya untuk seminit dua sahaja. Tetapi dalam keadaan biasa ia boleh berlari selaju 8 km per jam dan mampu berlari pada kelajuan itu sepanjang hari.

Monday, May 3, 2010

Peragut Dlm konteks Hudud

1. Baru2 ni kepoh betul kat area rumah aku makcik separuh abad ni di ragut dan diseret beberapa meter oleh 2 lelaki yg tak di kenali, bila dengar cerita dia terasa sedih benor.. duit yg dia simpan 3 tahun berjumlah RM3k lesap mcm tu aje..jumlah mcm sikit tapi makcik ni simpan duit ni sbb nak buat dialisis buah pinggang suaminya..mmg kera sugguh diorg yg meragut ni.. bila tanya makcik tu ape nak buat kalo jumpe peragut ni? “ mak cik kalo dapat mak cik cincang2 diorg ni…!” Meerrkk..hampir pitam aku baca statement makcik tu..

aduhai..seb baik makcik tau taek kon do..

2. Atas tu adalah sebahagian cerita yg kita dengar pasal peragut. Jika di lihat di dalam konteks Hudud, meragut ni hukumannya berbeza dengan mencuri..kenapa??

3. Hukuman bagi peragut ini adalah “Dipotong tangan dan kakinya secara bersilang” dan hukuman bagi mencuri “Dipotong tangan sahaja!” Ini kerana Meragut ini termasuk dlm bab merompak kerana ianya mencetuskan kegemparan di kalangan masyarakat dan memberikan trauma yg mendalam kepada mangsa (hukuman mencuri dan merompak berbeza dlm hudud).Selain itu ianya di lakukan secra terang-terangan. Sebab itu hukuman Hudud lebih berat untuk Peragut daripada mencuri.

sempat senyum lagik akak ni..


Potong tangan ni ye? err..saya sokong!

4. Berlainan Pula dgn mencuri, iaitu satu kegiatan secara senyap2 yang juga di lakukan secara sembunyi. Secara psykologinya kegiatan ini tidak mendatangkan kesan atau kegemparan pada masyarakat keseluruhannya..hanya pada mangsa yang terlibat.

5. Pada akhir 2007 paguam negara Dato’ Ghani Patail tealah mengeluarkan kenyataan undang-undang syariah akan di nilai semula (utk org Islam shj), dan hukuman konvesional sedia ada gagal mengekang kegiatan ini. Nampaknya ada sinar harapan untuk negara ini melaksanakan hukuman ini walaupun mungkin kelulusannya mengambil masa bertahun2 untuk di debatkan..

Handbag aku ni lagi mahal dari Isi dalamnye tau..Tidaaakk!

6. kepada peragut ingat ye..satu hari nanti jika undang2 ini jadi kenyataan, Tangan dan kaki anda mungkin di kuburkan sebelum anda terkubur..

Monday, April 5, 2010

Fakta yg Menjadi Fakta



1. Selalunya di tugu peringatan, jika terdapat patung askar bersama seekor kuda yg kedua2 belah kaki hadapannya terangkat keatas, bermakna askar terbabit terkorban semasa perang. Jika hanya sebelah sahaja kaki kuda terbabit terangkat bermakna askar terbabit hanya cedera ringan. Dan jika keempat kaki kuda terbabit berada di tanah, askar terbabit terkorban bukan disebabkan perang.


2. Biji bunga kembang seri pagi adalah beracun, dan jika termakan dalam kuantiti yang banyak boleh menadatangkan kematian.


3. Pada tahun 1907 James Spengler tealh mencipta pembersih vakum dengan hanya menggunakan kotak sabun, sarung bantal, kipas kecil dan pita pelekat.


4. Ketika berlakunya perang sivil zaman dahulu, apabila pasukan tentera kembali ke markas tanpa ada yg terkorban mereka akan menulis “0 killed” dan dlm laporan yg ringkas ianya ditulis O.K..yg bermaksud semua dalam keadaan baik. Dan dari situlah perkatan O.K tercipta.


5. Teleskop terbesar di dunia yang dinamakan KECK 1 dan KECK 2 memiliki saiz cermin sebesar setengah padang Tennis..


6. Suhu yang paling sejuk pernah di catatkan di dunia ialah serendah -128.6 darjah Fahrenheit iaitu di antertika.


7. Papan tanda Hollywood buat pertama kali telah dipacakkan pada 1923.Ianya sebenarnya ialah papan iklan hartanah yg nama asalnya “Hollywoodland”. Papan tanda itu setinggi 59 kaki, selebar 450 kaki dan seberat 450000 paun.


8. Harga jualan paling rendah dicatatkan untuk benda hidup adalah di Cape Province Afrika selatan pada tahun 1934. Dimana keldai dijual pada harga 3sen seekor.