Monday, April 5, 2010

Fakta yg Menjadi Fakta



1. Selalunya di tugu peringatan, jika terdapat patung askar bersama seekor kuda yg kedua2 belah kaki hadapannya terangkat keatas, bermakna askar terbabit terkorban semasa perang. Jika hanya sebelah sahaja kaki kuda terbabit terangkat bermakna askar terbabit hanya cedera ringan. Dan jika keempat kaki kuda terbabit berada di tanah, askar terbabit terkorban bukan disebabkan perang.


2. Biji bunga kembang seri pagi adalah beracun, dan jika termakan dalam kuantiti yang banyak boleh menadatangkan kematian.


3. Pada tahun 1907 James Spengler tealh mencipta pembersih vakum dengan hanya menggunakan kotak sabun, sarung bantal, kipas kecil dan pita pelekat.


4. Ketika berlakunya perang sivil zaman dahulu, apabila pasukan tentera kembali ke markas tanpa ada yg terkorban mereka akan menulis “0 killed” dan dlm laporan yg ringkas ianya ditulis O.K..yg bermaksud semua dalam keadaan baik. Dan dari situlah perkatan O.K tercipta.


5. Teleskop terbesar di dunia yang dinamakan KECK 1 dan KECK 2 memiliki saiz cermin sebesar setengah padang Tennis..


6. Suhu yang paling sejuk pernah di catatkan di dunia ialah serendah -128.6 darjah Fahrenheit iaitu di antertika.


7. Papan tanda Hollywood buat pertama kali telah dipacakkan pada 1923.Ianya sebenarnya ialah papan iklan hartanah yg nama asalnya “Hollywoodland”. Papan tanda itu setinggi 59 kaki, selebar 450 kaki dan seberat 450000 paun.


8. Harga jualan paling rendah dicatatkan untuk benda hidup adalah di Cape Province Afrika selatan pada tahun 1934. Dimana keldai dijual pada harga 3sen seekor.

3 comments:

speedrider said...

4. Ketika berlakunya perang sivil zaman dahulu, apabila pasukan tentera kembali ke markas tanpa ada yg terkorban mereka akan menulis “0 killed” dan dlm laporan yg ringkas ianya ditulis O.K..yg bermaksud semua dalam keadaan baik. Dan dari situlah perkatan O.K tercipta.

Gua bantah beb!!!
Masa perang Sivil, hanya bantuan dari OKLAHOMA dengan ringkasan OK saja yang berjaya sampai, yang lain2 terkandas. Sejak itu, OK digunakan untuk menunjukkan isyarat baik

muhaimin said...

O.K Bantahan tak diterima..sila sertakan deposit RM300, jika ada bantahan lagi..O.K?? hehe..

speedrider said...

nah, bantahan aku:

http://www.miketodd.net/encyc/okay.htm