1. Orait kasi review sket article Streamyx EVDO. Article ini penah di war2 kan dalam speedrider network, tapi hari ni aku kasi cerita sikit teknologi yang lain dari yg lain ini. Streamyx EVDO ni menggunakan teknologi signal dari 450Mhz dan 800Mhz, dimana dalam Telekom teknologi signal radio ini amat sinonim sejak ia di perkenalkan sekitar 90-an.. Asal nya signal ini digunakan bagi membolehkan mereka2 yg terpisah dari bandar besar seperti estet2 dan Felda2 menikmati talian Telefon.
2. Menjadi negara membangun semua sedia maklum kerajaan dan Telekom tidak mampu untuk menyediakan perkhidmatan berwayar kesemua ceruk2 kawasan terpencil kerana ianya bakal menelan belanja berbilion2 sedangkan pulangan tidak menguntungkan, Jadi signal radio digunakan, yang dipancarkan dari setiap pencawang Telekom meliputi ke seluruh Negara..
Terdapat 2 peranti (modem) yg digunakan iaitu:
1. STARLINK (anydata)
2. Huawei
Streamyx EVDO dengan kelajuan 1MBPS
3. Sehingga sekarang Streamyx EVDO ni masih lagi dalam peringkat ujian dan penulis adalah sebahagian dari yg bernasib baik dapat mengujinya. Dan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM) masih belum meluluskan pengunaan nya..
4. alasannya..Teknologi ini berpotensi menidakkan persaingan yang sihat dikalangan pembekal telekomunikasi Malaysia.
3. Sehingga sekarang Streamyx EVDO ni masih lagi dalam peringkat ujian dan penulis adalah sebahagian dari yg bernasib baik dapat mengujinya. Dan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM) masih belum meluluskan pengunaan nya..
4. alasannya..Teknologi ini berpotensi menidakkan persaingan yang sihat dikalangan pembekal telekomunikasi Malaysia.
16 comments:
lain2 kompeni selain TM memang pengecut takdak telog. Suruh Potong la apa la, tapi dok lobi gomen tak bagi TM bawak masuk teknologi baru.
mana leh dapat Modem STARLINK tu?????
Mus..
Nak buat cammane..nanti pelabur luar tak nak masuk kat M'sia ni..dek kerana kerajaan duk back up GLC..
Any..
Modem tu tak tau nak dapat kat mana..sbb belum ada di pasaran..untuk signal GSM ada la..
Saya dah pakai streamyx cdma ni. kelajuan lebih 1mbps. Kawasan machang Kelantan.
Any..
Untuk makluman tambahan ianya agak efective jika berhampiran dgn base station.. kalo jauh dari base station, mgkin signal weak..
Servis after sales amat teruk. Dia kata ada warranty 14 hari dari vendor. Tapi lari pulak, bila rosak terpaksa bawa pergi TM Kota Bharu untuk setting semula.
Wireless dia boleh pergi agak jauh juga. Boleh support 100 komputer/notebook . Modem itu sendiri ada 4 port RJ45. Boleh lah pakai dgn harga RM60 sebulan tu, sebab tak takut kecurian kabel lagi....
Kamarol..
Itu mmg di akui..tapi 2010 ni TM telah membelanja kan berbelas juta utk membaiki tahap kualiti perkhidmatan..
Aku harap teknologi ni mampu bersaing dgn pembekal telkomuniaksi lain.
Salam..
Nk tnye, starlink tu, model pe? Series dia? (nk cuba search kt tenet)
Pastu yg huawei tu, model n series brape??
Time kasih..
Gua tgh guna EVDO ni.. dgn signal level #3 speed test dpt around 800k-1100M. Ada potensi untuk maju..tapi modem tu melampau sgt harganya ..
CDMA EVDO ni tak ada SIM card. Macamana nak tukar modem lain, misalnya ?
x pakai SIM card. kalau tukar modem lain kena call tm, kena bagi ESN number modem yg baru... TM akan selarikn speed CDMA EVDO packages nie ke 384kbps sahaja...
Jarak antara modem dari BTS mesti lebih kurang 10km
Bacaan RSSI:
120-105 (Out of coverages)
105-90 (Worst)
90-85 (modrate)
-85 & less than -70 (Good)
70-100 (BEST)
EC/IO:
Above -5 (Good)
mana boleh cuma 10 km ? WCDMA 2100mhz celcom/maxis luar bandar pun sampai 10km outdoor. EVDO 450mhz mesti cecah 25km dgn external antenna.
Kelisa : jarak tu berdasarkan antena sedia ada di modem tu..kalau pakai antena yagi maybe boleh capai 25 KM. berdasarkan bentuk muka bumi & keadaan cuaca.
Tapi sape yg pakai EVDO sekarang speed dia dah limit pada 384k shj..sesapa yg pakai svc ni skrang jaga la modem tu bebaik..bila tukar je speed akn diselaraskan..
TQ
salam,
nak tanya dari segi cuaca mcmn ada efek tak contohnya hujan lebat.
Vendor TM ni memang teruk sebab dah bengkrap agaknya..no tel syarikat dia dah out of servis dan alamat kedai dia kat pengkalan kubur kelantan pun dah tak ada. Modem aku ni masih dlm warranty lagi, tak boleh tukar sebab vendor dah lari..lebur RM599.00 [hangus]
Post a Comment