Wednesday, February 3, 2010

Yakjud & Makjud merungkai persoalan Bab 1..


1. Mengikut dari tafsiran Imam Ahmad, Yakjud dan makjud ini adalah dari golongan manusia, dimana bangsa ini pernah muncul dan melakukan kerosakan sebelum kedatangan Islam lagi. Dan Yakjud dan makjud ini akan muncul lagi di akhir zaman untuk melakukan kerosakan dan memusnahkan tamadun dunia. Ianya merupakan satu kaum yang kuat dimana tiada manusia yg mampu mengalahkan nya.
..
Gambaran Pelukis mengenai bangsa Yakjud dan Makjud
yang juga dikenali sebagai pahlawan berkuda
..
2. Ianya dikata dari bangsa Scythia, mempunyai wajah yang lebar, bermata sepet dan berambut seakan kemerah-merahan dan perang. Mereka akan turun dari tempat tinggi (pergunungan) dalam jumlah yg tak terhitung ramainya, dan wajah mereka seperti perisai yang dipukul.

Ramai pakar sejarah dan agama mempercayai di kawasan
pergunungan inilah yakjud dan makjud dikurung
..
3. Dalam Al-Quran surah Al-kahfi & Al-Anbiyak banyak menceritakan perihal yakjud dan makjud. Sebelum kedatangan Islam Al-Quran merekod kan dlm surah Al-Kahfi cerita tentang Zulqarnain (pemilik dua tanduk) ada tafsiran gelarannya bersempena mahkota yang dipakai beliau yg mempunyai 2 tanduk. Zulqarnain adalah pemerintah pembebas dan pengembara yg mengusai timur dan barat dunia dimana zulkarnain ini di berikan kelebihan oleh Allah (dalam bidang Teknologi besi dan pemikiran) sehingga beliau bejaya mengurung Yakjud dan makjud ini di antara 2 gunung dengan dinding besi
..
Lokasi Pergunungan Kaukasus (caucasus) yang luas serta
mempunyai tembok semulajadi diantara satu sama lain.
..
4. Pertemuan Zualqarnain dengan bangsa Yakjud dan makjud berlaku apabila beliau sampai di suatu kawasan yang dihuni oleh penduduk yg hampir2 mereka tidak faham pertuturannya. Kemudian penduduk ini meminta bantuan dari zualqarnain agar memisahkan mereka dengan bangsa yakjud & makjud ini. (ramai sarjana berpendapat kawasan ini adalah pergunungan kaukasus yg berhampiran dengan azerbaijan dan Gorgia serta russia).

Ramai pakar berselisih pendapat adakah Iskandar Zulkarnainialah Alaxander the Great?

5. Maka selepas mendengar rintihan penduduk itu, Zualqarnain menyuruh mereka beramai2 mengumpulkan ketul2 besi supaya dapat ia membina tembok penghadang diantara penduduk dunia dengan bangsa perosak itu. Seperti yang dirakam oleh Al-Quran Dalam Surah Al-Kahfi ayat 95 yang berbunyi :

”Ia menjawab, kekuasaan yang Tuhanku jadikan daku menguasainya dengan lebih baik: oleh itu bantulah daku dengan tenaga kamu beramai-ramai, aku akan bina diantara kamu tembok penutup yang kukuh” (Al-kahfi ayat 95)

Bersambung...

7 comments:

speedrider said...

wei, kalau copy paste tu, cakap la dari sumber mana.... hahahaha

muhaimin said...

Mus, tolong sket..ni dari pembacaan aku..kalo copy paste takdak bersambung.. aku copy paste je dah setle..malam tadik aku dah tak larat nak tulis, tu yg bersambung..

hang tak pecayakan tahap pemikiran aku mcm a. samad said? haha..

muhaimin said...

Mus hang cari la kalo betul aku copy paste artikel ni.. aku bagi Rm100 kat hang..haha..

Shida Rahman said...

salam, saya mohon izin utk cut n paste artikel ini ke dalam blog saya. didalam program halakah di tv9 ahad yg lepas, dibincangkan topik ini oleh dr daniel zainal dan sdra muhammad alexeder (pengarang buku ALAXENDER ADALAH ZULKARNAIN) barasal dari indonesia. memang mengerun dan menakutkan.. bila kupaskan berkenaan yakjut dan makjut ini.. saya tak boleh lelapkan mata.. memikir dan kebimbangan.. Saya harap saydara tidak keberatan mengizinkan saya copy artikel dari blog saudar ini. terima kasih..

Anonymous said...

Halim
Dlm buku Alexander adalah Zulqarnain dikata Yakjuj adalah bangsa gasar Scythian Asiatik; Makjuj adalah bangsa gasar Scythian Eropa. Alexander the Great (356-323SM) ini yang pantas dipanggil sbg Zulqarnain. Beliau berjaya menakluki barat (Iskandaria Mesir) dan timur (Kandahar, Afghanistan)selepas tu ke utara (Kisrgistan Asia Tengah)dan berjaya membina tembok kukuh besi-tembaga hingga jadi bendungan di sungai Syr darya atas (s. Narin).
sila baca http://pts.com.my/index.php/buku/alexander-adalah-zulqarnain/

muhaimin said...

Sila kan sahaja..apa yang ada di sini milik anda..

muhaimin said...
This comment has been removed by the author.