2. Setelah besi2 terbabit cair dan menutupi pintu diantara 2 gunung itu, zuarkarnain telah menuang tembaga cair di atasnya. Maka terkurung lah yakjud dan makjud itu diantara tembok besi yang kukuh itu dengan 2 gunung terbabit. Seperti didlm Surah Al-Kahfi ayat 97 yang berbunyi :
“maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.”


3. Selesai sahaja pembinaan tembok itu maka terpisah la satu bangsa yang begitu digeruni iaitu Yakjud dan Makjud dengan bangsa manusia. Maka berakhirlah kebimbangan ke atas bangsa perosak ini dan bermulalah penantian manusia akan janji Tuhan nya, bahawa satu bangsa perosak bakal keluar di akhir zaman dan memusnahkan peradaban dunia hari ini. Seperti yg diungkapkan oleh Zuarkarnain dalam surah Al Kahfi Ayat 98 :
“Berkatalah Ia, ‘Ini satu rahmat daripada Tuhanku; maka apabila datang janji Tuhanku, Ia akan menjadikannya hancur, dan janji Tuhanku itu benar..”

4. Kesimpulannya kaum ini merupakan dari golongan bangsa manusia. Dan akan muncul satu hari nanti sebagai salah satu tanda besar kiamat. Semasa hayat baginda Nabi Muhammad S.A.W baginda menceritakan bangsa ini telah berjaya menebuk dinding besi terbabit sebesar jari telunjuk.

5. Jika saudara/i membaca Surah Al_kahfi ianya akan menceritakan bukan sahaja kisah Yakjud dan Makjud ini malah terdapat kisah 7 pemuda bersama anjingnya yang ditidurkan selama 309 tahun.. mungkin saya akan berkesempatan menulis kisah 7 pemuda ini di lain waktu..InsyaAllah..
...Tamat...
P/S: Artikel ini ditulis sendiri berdasarkan pembacaan dan pemahaman penulis melalui Sumber dari Al-Quran dan banyak buku serta artikel akhbar..semoga kita beroleh manfaat bersama..Aminnn..
2 comments:
syukran.. maklumat yang amat membantu
Post a Comment