Tuesday, October 27, 2009

3 Perkara..


DiSuatu pagi Ahad yg bosan..


2 hari lepas..Sarapan kat Kg Melayu dlm kul 7.30 pagi.. aku lepak dengan bekas tabligh.. yg dulunya juga adalah bekas buaya ketegori tembaga.. sekrang dia dah tinggalkan semua tu.. tapi aku bukan nak cerita pasal dia ni.. aku Cuma teringat 3 perkara yg keluar dari mulut dia yg buat aku terkesima tahap meksima..

Tengah berbual sebelum beliau berangkat ke Rumahnya yg jauhnya 350KM dari umah aku, tetiba terpacul dari mulutnya:

Ko nak tahu kita ni kalo nak hidup dalam keadaan tenang & sentiasa dikurniakan rezeki yg tak putus2 dari Allah S.W.T jagalah 3 perkara ni.

Yang pertama : Jaga Solat. Jaga solat ni bukan bermaksud hanya solat 5 waktu sehari semalam tetapi solat di awal waktu.. itulah menjaga solat..
Yang Kedua : Ikhlas. Sentiasa ikhlas dengan ape yg kita buat.. setiap perkara baik kita buat niat lah kerana Allah Taala..
Yang ketiga : Bersangka baik. Sentiasa bersangka baik sesama manusia..tak kiralah dari mana kita dengar cerita sipolan tu..Cuma bersangka baiklah..

Kita min hidup kat dunia ni bersebab..kita ada perjanjian dgn Allah.. semuanya telah diterangkan dalam Al-Quran.. (aku terdiam..baru lepas aku carut2 tadi neh..)


Dem..Aku gagal dalam ketiga2 perkara di atas..

No comments: