Wednesday, October 7, 2009

The General knowledge... Learn & Earn.. hehe..



Pepin The Short merupakan raja kepada Negara Franks (yang terletak di barat Jerman) pada tahun 751 hingga 768, hanya memeliki ketinggian 4 kaki dan 6 inchi. Tetapi beliau mempunyai seorang permaisuri bernama Betrada atau digelar "Bertha The Big Foot" kerana mempunyai kaki bersaiz 11.. (humang aaiihh.. kaki aku pun saiz 6 1/2 je..)


Puffin atau Burung Laut berhidung pendek mampu mengepakkan sayapnya antara 300 hingga 400 kali seminit apabila terbang diudara dan mampu memecut terbang selaju 40 Batu sejam.. (Tak heran.. aku lari lagi laju la bro..)





Permainan Golf pernah diharamkan di England dan Scotland pada tahun 1457 oleh King James II atas alasan baginda melihat kebanyakan masyarakat lebih cenderung bermain golf dari berlatih melawan pedang untuk mempertahan kan negara.. (ape kene mengena Golf ngan Perang???)



Di Jepun terdapat satu seni mempertahan kan diri yang di beri nama "Tessenjutsu" yang mampu membunuh pihak musuh dengan hanya bersenjatakan Kipas Tangan Sahaja..
(aku mampu membunuh dengan tangan kosong je.. bunuh nyamuk la..ehehe..)






Lebanon merupakan satu-satunya negara Timur Tengah Yang tidak mempunyai Padang Pasir..
(Pantai depa pun tak dak pasir kot...)

No comments: